CarotoMAX

PROMOSI BULAN JANUARY 2017 : 4 ASPEK YANG KORANG KENA BACA!

13:00

Pertama sekali sarah nak ucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2017. Rasa macam sekejap je masa berlalu kan, dah habis tahun 2016. Bila masuk tahun baru ni mesti rasa semakin tua, ye la umur makin meningkat. YES, some of us will say, age is only a number kan? tapi yang rasa down pun mesti ada, sebab capability diri dah tak sama macam umur belasan tahun dulu. Kira badan dah makin lenguh-lenguh, sakit-sakit, cepat penat, kadang-kadang tu ada yang dah dapat penyakit-penyakit kronik!

Minta jauhkanlah.

Masuk tahun baru agak-agaknya kita akan busy dengan ape ek? Kalau parents, for sure akan busy dengan preparation anak-anak nak masuk sekolah, beli baju, beli kasut, peralatan sekolah, beg sekolah dan sebagainya. 

Sarah terdengar jugak keluh kesah mak ayah yang mengadu perbelanjaan persekolahan sekarang semakin meningkat, ada yang mencapai RM 2000 untuk 2 orang anak. Sarah akui, barangan sekarang memang MAHAL! I feel you... ( even sarah x ade anak lagi, tapi nak beli keperluan harian pun kena kira bajet, kira belanjawan bulanan dulu )

So, today! My entry will be focusing on 4 aspects :
  1. Kesihatan ( Health )
  2. Melindungi DNA ( DNA Protection )
  3. Barang Sama, Bayar Kurang ( Pay Less For Same Product )
  4. Menjana pendapatan sampingan ( Generate Income )
Keempat-emapt aspek ni u ols akan dapat dengan SHAKLEE tau.!

Ok, kita lihat aspek PERTAMA iaitu KESIHATAN :

Untuk pembukaan tahun 2017 ni, shaklee menawarkan promosi untuk CarotoMAX dengan beli 1 botol PERCUMA 1 botol.Serta, untuk anak-anak kekal cergas boleh bagi diorang consume Vitalea for Children, ade promosi beli 3 botol percuma 1 botol.

Kalau anda sayangkan anak anda, anda pasti dapatkan 2 vitamin ini bagi memberi nutrisi yang secukupnya untuk anak anda.

CarotoMAX mengandungi Vitamin A yang baik untuk mata.

Then, seterusnya aspek KEDUA iaitu MELINDUNGI DNA :

haaa... yang ni mesti you all rasa mengggigil kepala lutut terus nak whatsapp sarah. Sebab time ni la u ols nak dapatkan HOT SELLING ITEM SHAKLEE iaitu Vivix Shaklee. kita ade dua promotion untuk Vivix iaitu :

  1. Beli Twin Pack Vivix - Diskaun 5%
  2. Beli 6 botol Vivix PERCUMA 1 botol
 
Vivix Shaklee dapat membantu penghidap kencing manis untuk mendapat bacaan normal.
 
untung kan??? hehehehe...boleh la beli sekali untuk stock setahun! atau boleh share-share dengan  sedara mara, kawan-kawan office..
 
 
Next, aspek KETIGA iaitu barang sama, bayar kurang, macam mane tu?
 
Ok, untuk dapat rangkaian product shaklee tapi dengan harga yang jauh lebih rendah, siap dapat kumpul point untuk dapat bonus bulanan, korang kena la daftar jadi ahli Shaklee, hanya serendah RM65 sahaja, anda mampu mendapat discount lebih 30% tau.! 
 
nak FREE keahlian pun boleh! 

Hanya beli TWIN PACK VIVIX SHAKLEE, dapat diskaun 5% + FREE keahlian shaklee 😄😄😄 + anda berpeluang untuk membeli tumbler Shaklee Exclussive !
Vivix Shaklee bertindak dalam melindungi DNA & memperbaiki sel tubuh badan kita.
best x..best tak?

ok, last but not least, aspek KEEMPAT iaitu MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN bersama Shaklee. 1st step, nak tak nak, jom la join shaklee, serious tak rugi sebab :

  1. Dapat bonus bulanan.
  2. Dapat guide daripada master-master yang dah berjaya  secara direct!
  3. Berpeluang untuk mendapat bonus kereta.
  4. berpeluang untuk bercuti tajaan Shaklee
  5. Dapat pakai product shaklee dengan harga ahli yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran
  6. Dapat ilmu yang melimpah ruah bukan sahaja ilmu dunia tetapi ilmu akhirat juga.
Whewww! panjang entry sarah hari ni. Harap semua clear, kalau tak clear, whatsapp sarah kat 01112781597 k. atau msg sarah di 0195504689. kita sembang-sembang gosip tentang shaklee k.

Ps : siapa nak dapatkan promo ni boleh buat wishlist kat sarah, boleh sarah simpan stock untuk u ols. nanti dah ready nak pos or COD just call je sarah ...laju sarah hantar kat u ols. Rasa cukup kot takat sini sarah cerita... banyak lagi nak cerita... tapi next entry pulak k. 

energy management

NIAT PEMBUKA PINTU REZEKI : SAHAJA AKU NIKAH KERANA ALLAH TAALA

21:04

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ثَلَاثَةٌ كُلُّهُمْ حَقٌّ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُ الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ وَالْمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ الْأَدَاءَ
Ada tiga orang yang akan mendapatkan pertolongan Allah: (1) orang yang berjihad di jalan Allah, (2) orang yang menikah demi menjaga kesucian dirinya, (3) budak mukatab yang ingin membebaskan dirinya.” (HR. An-Nasa’i, no. 3218; Tirmidzi, no. 1655; Ibnu Majah, no. 2518. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan).


Sumber : Rumaysho
Setiap  amalan kita, pasti berserta dengan niat. Dan sebaik-baik niat adalah niat kerana Allah Taala. Baru niat dik, dah ade Allah kurniakan pahala, belum lagi laksanakan. Sebab tu setiap perilaku dan perbuatan kita mesti dimulakan dengan Bismillahirahmannirrahim.
Bila  niat kita dah betul, pasti Allah lorongkan perjalanan kita tu mudah je. Tambah pulak kalau adik niat nak berkahwin. Allah akan janjikan pintu rezeki tu akan terbuka luas seluas-luasnya bila kita mendirikan masjid tau dik. Akak akuinya. Sebab akak sendiri merasakannya.

Dulu, akak adalah seorang remaja, sama macam remaja yang lain. Couple-Clash-Couple-Clash. Bila umur dah meningkat ke 25 tahun, lalu akak bertanya pada diri, sampai bila?

Akak muhasabah diri balik, kenapa aku lalui semua ni. Mengecewakan orang dan dikecewakan oleh orang. Macam takde kesudahan. Satu hari, akak termenung baring di katil, bermuhasabah diri, di mana salah akak. 

Lalu terkenang...

Seorang insan yang pernah akak kecewakan. Insan yang pernah akak hiraukan. Banyak dosa akak, keterlanjuran perbuatan & kata-kata akak dengan insan ni. Insan yang bernama Muhamad Farizul bin Ismail.

Lalu, akak hulurkan satu panggilan telefon tanda rasa bersalah, memohon maaf kosong-kosong. Alhamdulillah, dia menerima dengan hati yang terbuka. Akak tak sangka dia masih menunggu akak walaupun hampir 5 tahun ( ketika itu ) kami berpisah.

Tanpa kata banyak, kami berniat untuk berkahwin. Ya, NIAT....

Dari niat tu, banyak perkara luar jangkaan yang datang dalam diri akak. Akak ditawarkan kerja yang In Shaa Allah lebih menjamin masa depan walaupun gaji nya lebih kurang daripada gaji yang sedia ada pada ketika itu. Tapi, ketenangan hidup yang sangat best!


Tahun 2013 kerja sebagai Management Trainee di Aeon Kinta City, pastu kerja di syarikat kontraktor Total IFM sebagai Snr. Executive - Technical Support & Business Development. Kemudian pada 2015 bekerja di Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah sebagai Pembantu Penerangan.

Dengan tanggungan komitmen hutang yang diambil semasa berkerja  swasta, akak tau akak takkan mampu survive dengan gaji kerja kerajaan. Pada ketika itu, basic gaji kerajaan hanya Rm 900 sebulan, gedebuk gedebak masuk elaun pe semua dapatlah dalam RM 1200 +/-.
Pernah tahan perut nak makan, makan megi, makan lauk semalam etc! Hanya Allah yang tau. Tapi syukur, sebelum masuk sektor kerajaan lagi, memang akak dah start berniaga secara kecil-kecilan. Untung tak banyak tapi cukup untuk rolling duit belanja bulanan.
Masa akak berhenti kerja swasta 1 sen pun company tak bagi, sebab akak pernah ikat contract sebab telah ditaja untuk megikuti course sebagai Energy Manager Training Course bersama GreenTech Malaysia yang menelan belanja RM 4000. Tapi, company ikat akak sebanyak RM 8000, sekali ganda lagi tambah daripada harga asal.

Ni la sijil profesional yang bernilai RM 8000 (sebenarnya RM 4000 je). Sijil ni penting untuk sapa-sapa yang berminat nak jadi Pengurus Tenaga di bangunan-bangunan yang menggunakan eletricity lebih 3 juta kW/j.

Gambar kenangan bersama rakan satu course dan penceramah, pangkat Ir.-Ir. diorang tu, banyak pengalaman semua nya. Time ni dekat PSDC, Penang.
Masa tu, gaji dipotong, claim pun dipotong, bonus pun dipotong. Memang satu sen pun company tak bagi. Tapi akak percaya, memang rezeki duit takde, tapi rezeki ketenangan memang syukur sangat-sangat. Plus, atas kerelaan hati akak sain perjanjian tu. sebab fikirkan sijil tu memang valuable!
Tapi takpe, syukur sangat time tu perniagaan akak secara offline & online disambut baik! 

Hari-hari ade je yang nak COD atau pos.

Tapi masa tu payah nak rolling duit, sebab untung bukanlah banyak, then nak menabung untuk preparation tunang & perkahwinan. so memang banyak kali ikat perut... hehehe...

Alhamdulillah, Bajet 2016 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan gaji minimum penjawat awam dinaikkan iaitu RM1200 berkuatkuasa Julai 2016. Syukur sangat-sangat dik. baru la boleh bernafas sikit. Hehehe...

Lagi satu, dulu akak risau sangat nak kahwin, terutama nak kahwin dengan orang yang berasal bukan daripada Ipoh, sebab tak nak tinggal kan mama akak sorang-sorang. Mama Akak seorang ibu tunggal masa tu.

Tetapi Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui keluhan hati hambaNya, Dia hadirkan insan yang ingin berkahwin dengan mama dan membuka pintu hati mama untuk menerima lelaki itu.

Alhamdulillah, mama makin happy. sekarang selalu betul dia travel jalan-jalan dengan abah.

Majlis perkahwinan mama dengan abah yang dibuat dekat rumah kami di Ipoh. hehehe. Kek Kahwin sponsored by Suami ( ketika tu masih encik Tunang )

Bergambar kenangan bersama family, terima kasih sebab sudi menjayakan majlis perkahwinan mama & abah.

Baik, dari segi nak kumpul duit, memang tak terkumpul dik. Mohon loan akak tak lepas. gaji kecik, komitmen kereta yang menyekat kelulusan loan.

Nasib baik, suami akak ( masa tu tunang ) manage to get the loan. Akak impressed dengan suami akak, dia sangat berusaha untuk capai impian kami bagi menghalalkan hubungan.

dan Allah bantu kami. Sebab tu, niat lah kerana Allah.. sebab Allah Yang Maha Berkuasa..

Nampak tak, berapa banyak rezeki dibuka bila kita niat nak berkahwin kerana Allah Taala,;
  1. dapat punca rezeki yang lebih baik
  2. dapat gaji yang lebih baik
  3. Allah aturkan kehidupan kita dengan lebih baik
Tu baru sikit, rezeki lain, macam tubuh badan yang sihat, rezeki makan, rezeki berjalan & yang paling berharga NYAWA kita, juga adalah rezeki kita tau. Sebab semua yang kita dapat ni adalah milik ALLAH. Dia hanya pinjamkan sekejap untuk kita perhambakan diri kita kepada Allah dan menolong hambaNya yang lain.

Majlis Pertunangan tau bukan nikah lagi... hehe...


Majlis Perkahwinan kami. Kredit gambar daripada sepupu tersayang, kak ina.
PS : selain niat, perbetulkan amalan wajib, perbanyakkan amalan sunat. Sedekah, utamakan sedekah untuk diri sendiri, kemudian ibu bapa, ahli keluarga barulah kepada orang lain. One more things, tips untuk peniaga, niatkan usaha kita berniaga adalah untuk membantu orang. Inilah salah satu sebab utama nak join business shaklee, selain membantu diri sendiri untuk jadi lebih sihat, malah membantu orang lain untuk sama-sama memperbaiki kesihatan mereka. Best kan kalau kita dengar orang sihat salah satunya usaha kita membantu dia, atas izin Allah juga.

Love,
Sarah

intro

I am Sarah...

23:19

Salam perkenalan,

percubaan untuk menulis blog ni ntah yang ke berapa kali dah...haha..bukan ape, selalu rasa tak puas hati dengan template blog yang skema aje.. sarah bukan nye nak futuristik sangat..just nak yang kemas dan sedap mata memandang je...

so camne dengan template sarah sekrang ni? ok x? hehehe

sebelum ni try gak wordpress, basic template yang die bagi memnuhi citarasa sarah...

TAPI...

bila sarah google balik, tak keluar pun entry tu dekat google...

tak nak la syok sendiri menulis, pastu takde orang baca.. =P

Btw, sarah nak perkenalkan diri dulu, i am a new (not so new actually) user of blog spot.

sarah bekerja di salah sebuah agensi kerajaan & seorang usahawan kecil yang baru menapak..

Menjadi Juru Acara Majlis bersama rakan sekerja untuk Jamuan Makan Malam bersama Datuk KP.

 
kalau berminat dengan produk shaklee atau ixorra inspired perfume boleh whatsapp sarah k.

baru berkahwin... dan masih mencuba untuk mendapat cahaya mata penyeri hidup kami.

our happy day, alhamdulillah.


sarah bukan la perfectionist, masih belajar ke arah yang lebih sempurna...

benda tu tak mungkin terjadi, tapi sehari demi sehari pasti kita nak upgrade diri kita kan.

Itu dulu pengenalan daripada sarah..till then,

salam.

Love,
Sarah.


Follow Us : vitamins_valley

Popular Posts