NIAT PEMBUKA PINTU REZEKI : SAHAJA AKU NIKAH KERANA ALLAH TAALA

21:04

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ثَلَاثَةٌ كُلُّهُمْ حَقٌّ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُ الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ وَالْمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ الْأَدَاءَ
Ada tiga orang yang akan mendapatkan pertolongan Allah: (1) orang yang berjihad di jalan Allah, (2) orang yang menikah demi menjaga kesucian dirinya, (3) budak mukatab yang ingin membebaskan dirinya.” (HR. An-Nasa’i, no. 3218; Tirmidzi, no. 1655; Ibnu Majah, no. 2518. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan).


Sumber : Rumaysho
Setiap  amalan kita, pasti berserta dengan niat. Dan sebaik-baik niat adalah niat kerana Allah Taala. Baru niat dik, dah ade Allah kurniakan pahala, belum lagi laksanakan. Sebab tu setiap perilaku dan perbuatan kita mesti dimulakan dengan Bismillahirahmannirrahim.
Bila  niat kita dah betul, pasti Allah lorongkan perjalanan kita tu mudah je. Tambah pulak kalau adik niat nak berkahwin. Allah akan janjikan pintu rezeki tu akan terbuka luas seluas-luasnya bila kita mendirikan masjid tau dik. Akak akuinya. Sebab akak sendiri merasakannya.

Dulu, akak adalah seorang remaja, sama macam remaja yang lain. Couple-Clash-Couple-Clash. Bila umur dah meningkat ke 25 tahun, lalu akak bertanya pada diri, sampai bila?

Akak muhasabah diri balik, kenapa aku lalui semua ni. Mengecewakan orang dan dikecewakan oleh orang. Macam takde kesudahan. Satu hari, akak termenung baring di katil, bermuhasabah diri, di mana salah akak. 

Lalu terkenang...

Seorang insan yang pernah akak kecewakan. Insan yang pernah akak hiraukan. Banyak dosa akak, keterlanjuran perbuatan & kata-kata akak dengan insan ni. Insan yang bernama Muhamad Farizul bin Ismail.

Lalu, akak hulurkan satu panggilan telefon tanda rasa bersalah, memohon maaf kosong-kosong. Alhamdulillah, dia menerima dengan hati yang terbuka. Akak tak sangka dia masih menunggu akak walaupun hampir 5 tahun ( ketika itu ) kami berpisah.

Tanpa kata banyak, kami berniat untuk berkahwin. Ya, NIAT....

Dari niat tu, banyak perkara luar jangkaan yang datang dalam diri akak. Akak ditawarkan kerja yang In Shaa Allah lebih menjamin masa depan walaupun gaji nya lebih kurang daripada gaji yang sedia ada pada ketika itu. Tapi, ketenangan hidup yang sangat best!


Tahun 2013 kerja sebagai Management Trainee di Aeon Kinta City, pastu kerja di syarikat kontraktor Total IFM sebagai Snr. Executive - Technical Support & Business Development. Kemudian pada 2015 bekerja di Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah sebagai Pembantu Penerangan.

Dengan tanggungan komitmen hutang yang diambil semasa berkerja  swasta, akak tau akak takkan mampu survive dengan gaji kerja kerajaan. Pada ketika itu, basic gaji kerajaan hanya Rm 900 sebulan, gedebuk gedebak masuk elaun pe semua dapatlah dalam RM 1200 +/-.
Pernah tahan perut nak makan, makan megi, makan lauk semalam etc! Hanya Allah yang tau. Tapi syukur, sebelum masuk sektor kerajaan lagi, memang akak dah start berniaga secara kecil-kecilan. Untung tak banyak tapi cukup untuk rolling duit belanja bulanan.
Masa akak berhenti kerja swasta 1 sen pun company tak bagi, sebab akak pernah ikat contract sebab telah ditaja untuk megikuti course sebagai Energy Manager Training Course bersama GreenTech Malaysia yang menelan belanja RM 4000. Tapi, company ikat akak sebanyak RM 8000, sekali ganda lagi tambah daripada harga asal.

Ni la sijil profesional yang bernilai RM 8000 (sebenarnya RM 4000 je). Sijil ni penting untuk sapa-sapa yang berminat nak jadi Pengurus Tenaga di bangunan-bangunan yang menggunakan eletricity lebih 3 juta kW/j.

Gambar kenangan bersama rakan satu course dan penceramah, pangkat Ir.-Ir. diorang tu, banyak pengalaman semua nya. Time ni dekat PSDC, Penang.
Masa tu, gaji dipotong, claim pun dipotong, bonus pun dipotong. Memang satu sen pun company tak bagi. Tapi akak percaya, memang rezeki duit takde, tapi rezeki ketenangan memang syukur sangat-sangat. Plus, atas kerelaan hati akak sain perjanjian tu. sebab fikirkan sijil tu memang valuable!
Tapi takpe, syukur sangat time tu perniagaan akak secara offline & online disambut baik! 

Hari-hari ade je yang nak COD atau pos.

Tapi masa tu payah nak rolling duit, sebab untung bukanlah banyak, then nak menabung untuk preparation tunang & perkahwinan. so memang banyak kali ikat perut... hehehe...

Alhamdulillah, Bajet 2016 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan gaji minimum penjawat awam dinaikkan iaitu RM1200 berkuatkuasa Julai 2016. Syukur sangat-sangat dik. baru la boleh bernafas sikit. Hehehe...

Lagi satu, dulu akak risau sangat nak kahwin, terutama nak kahwin dengan orang yang berasal bukan daripada Ipoh, sebab tak nak tinggal kan mama akak sorang-sorang. Mama Akak seorang ibu tunggal masa tu.

Tetapi Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui keluhan hati hambaNya, Dia hadirkan insan yang ingin berkahwin dengan mama dan membuka pintu hati mama untuk menerima lelaki itu.

Alhamdulillah, mama makin happy. sekarang selalu betul dia travel jalan-jalan dengan abah.

Majlis perkahwinan mama dengan abah yang dibuat dekat rumah kami di Ipoh. hehehe. Kek Kahwin sponsored by Suami ( ketika tu masih encik Tunang )

Bergambar kenangan bersama family, terima kasih sebab sudi menjayakan majlis perkahwinan mama & abah.

Baik, dari segi nak kumpul duit, memang tak terkumpul dik. Mohon loan akak tak lepas. gaji kecik, komitmen kereta yang menyekat kelulusan loan.

Nasib baik, suami akak ( masa tu tunang ) manage to get the loan. Akak impressed dengan suami akak, dia sangat berusaha untuk capai impian kami bagi menghalalkan hubungan.

dan Allah bantu kami. Sebab tu, niat lah kerana Allah.. sebab Allah Yang Maha Berkuasa..

Nampak tak, berapa banyak rezeki dibuka bila kita niat nak berkahwin kerana Allah Taala,;
  1. dapat punca rezeki yang lebih baik
  2. dapat gaji yang lebih baik
  3. Allah aturkan kehidupan kita dengan lebih baik
Tu baru sikit, rezeki lain, macam tubuh badan yang sihat, rezeki makan, rezeki berjalan & yang paling berharga NYAWA kita, juga adalah rezeki kita tau. Sebab semua yang kita dapat ni adalah milik ALLAH. Dia hanya pinjamkan sekejap untuk kita perhambakan diri kita kepada Allah dan menolong hambaNya yang lain.

Majlis Pertunangan tau bukan nikah lagi... hehe...


Majlis Perkahwinan kami. Kredit gambar daripada sepupu tersayang, kak ina.
PS : selain niat, perbetulkan amalan wajib, perbanyakkan amalan sunat. Sedekah, utamakan sedekah untuk diri sendiri, kemudian ibu bapa, ahli keluarga barulah kepada orang lain. One more things, tips untuk peniaga, niatkan usaha kita berniaga adalah untuk membantu orang. Inilah salah satu sebab utama nak join business shaklee, selain membantu diri sendiri untuk jadi lebih sihat, malah membantu orang lain untuk sama-sama memperbaiki kesihatan mereka. Best kan kalau kita dengar orang sihat salah satunya usaha kita membantu dia, atas izin Allah juga.

Love,
Sarah

You Might Also Like

0 comments

Follow Us : vitamins_valley

Popular Posts